Bila bercerita tentang kejayaan ni, ia sangat2 meluaskan, macam2 definisi kita nak kaitkan terutamanya dalam bisnes ni .
Teha asalnye bukanlah orang yang minat dengan bisnes, sebab walaupun teha di besarkan oleh seorang ayah yang merupakan seorang peniaga juga.
Teha selalu lihat kepayahan yang ayah selalu hadapi, sebab ayah teha meniaga kuih cakoi, kadang bile balik dari sekolah van sekolah teha tu lalu depan tempat ayah teha meniaga, jadi waktu itu hujan begitu susah teha lihat keadaan itu.
Jadi bagaimana teha terpaksa ubah persepsi teha bahawa meniaga adalah the best thing in the world ialah apabila jodoh teha awal.Sewaktu berumur 20 tahun, bagaimana teha dan hanis aka suami teha terpaksa survive untuk hidup.
Ye... memang ramai orang nampak kami macam senang, tenang dan gembira haha, tetapi hakikatnya setiap hari kami memikirkan bagaimana mahu buat duit RM30-50 untuk kos ulang alik tol, minyak dan makan teha sedangkan suami teha hanya mempunyai SPM.
Sebenarnye setahun sebelum berkahwin suami teha handle projek unifi ambil sub dengan company besar untuk pemasangan unifi, memang seronok waktu itu. Jadi selepas beberapa bulan berkahwin, projek itu menampakkan kecenderungannya untuk melingkup huhhuhu dan akhirnya memang lingkup.
Buat kerja tapi payment x berbayar sehingga sekarang jumlah payment yang tidak di bayar adelah lebih kurang 20K. Jadi bermulalah episod-episod yang tidak seronok Daripada ade kereta, terpaksa jual, daripada mewah duit harian tinggal sen, paling merisaukan macamane nak pergi ke KUIS kalau RM%) tiada?
Ok, mud teha pun dah kelaut bile cerita benda2 negatif ni Teha sambung nanti uolls Pesan teha KONSISTEN adalah tips paling berkesan.
KONSISTEN MEMBUATKAN KITE MOVE ON WALAUPUN KITE BUKANLAH HEBAT SEPERTI ORANG LAEN TETAPI, ORANG LAEN KALAH DI SEBABKAN KONSISTENTASI KITA

0 comments:
Post a Comment